Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Noredayu Bt Hj Hussin (Ayu)..

Salam...

Kepada kawan2 sekalian,anda dijemput menghadiri ke majlis perkahwinan sahabat kita iaitu Ayu pada 28 March 2010 seperti di alamat berikut...

Lot 571,Jalan Dewan,Kg Batu Laut,
42800 Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan.

Berikut adalah peta lokasi ke rumah pengantin..



IntroDuciNg OuR Family MeMbERs!


Salam ukhwah dari HSBB Induction Batch 5/2010. Nie la muka2 batch 5/2010 yang sporting abisss..Kira meriah dan gempak la kitaorg semua...Dengan kapasiti sebanyak 98 org dan 18 hari bersama susah dan senang diharap kenangan yang terpahat disini tidak hilang ditelan masa....


Dibawah ini adalah barisan pimpinan yg telah berusaha keras bagi membolehkan program ini berjalan dengan jayanya.
Namun begitu harus diingat, berdiri kukuhnya mereka dibarisan hadapan adalah diatas usaha sama setiap orang yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan semua program yg dijalankan.RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA!

Opening Ceremony By Head of TMTC Taiping


Tepat jam 8.30am pada 2 Mac 2010 bertempat pada di Dewan Kenanga, kami dikunjungi oleh seorang penceramah yang tidak mahu dikenali oleh kami. Tiba-tiba penceramah tersebut terus sergah kami dengan jeritan yg agak ganas sekali iaitu "Organization"!!!

Kawan-kawan sekalian yg masih enak dibuai mimpi pagi terus segar bugar kerana jeritan itu...Maka bermulalah sessi yang menarik minat semua peserta untuk membangkitkan keghairahan (Passion!!) untuk mengharungi 18 hari di "KEM" TMTC Taiping...

Dalam pada masa yang sama, dinding dewan tersebut dipenuhi dengan pelbagai poster kata-kata azimat. Kami semua diberi galakan semangat lagi dengan banyak permainan dimana kami semua perlu berusaha mengumpul seberapa banyak point dalam kumpulan ( kertas kuning ). Dengan cara begini kami dapat memupuk lagi sifat kerjasama antara ahli kumpulan yang mana akan dipraktikan semasa mula bertugas pada masa akan datang.

Bermulalah ikatan ukhwah antara rakan-rakan dan mentor kami disini...







"KEM" TMTC Taiping












Pertama kali bertentang mata dengan EncIk JO~ sebagai Koordinator kami disini merangkap ayah yg disayangi!














Encik Nik as a Big Brother Sempoi kami~












Last But not Least Encik Harun a.k.a Uncle Harun yg romantic gitewww ...

MAri BerMAin FUTsal Ala KAmpoONg



Pada tanggal 09/03/2010 dan 10/03/2010 jam 5.30ptg hingga 7.00ptg, satu aktiviti sukan telah dilaksanakan dengam jayamya di atas kerjasama dari kesemua pihak peserta yang menyertai program induksi di TMTC Taiping, Perak. Namun aktiviti yang telah dijalankan adalah lain dari yang lain dimana aktiviti tersebut telah dinamakan sebagai futsal ala kampung.


Ini adalah kerana kesemua peserta dikehendaki memakai kain pelekat (peserta lelaki) dan kain batik (peserta perempuan) ketika bermain futsal ala kampung. Pelbagai perkara yang mencuit hati telah berlaku sepanjang tempoh aktiviti tersebut dijalankan dan ianya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kesemua peserta. Perkara yang amat mencuit hati dari para peserta sepanjang perlawanan tersebut berlangsung adalah seperti jatuh tergelincir, sepakan bola yang tidak mengena, bola bolos ke bawah kain dan macam-macam lagi.

Di akhir perlawanan futsal ala kampung tersebut, kemenangan telah dirangkul oleh kumpulan Steady 7 di tempat pertama, Fantastic 4 tempat kedua dan Msan ditempat yang ketiga.




Walaupun segala dugaan dan rintangan mendatang, namun di atas semangat kesukanan dan kesefahaman dalam aktiviti berkumpulan tersebut telah diberjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syabas kepada kesemua para peserta. Majulah sukan untuk TM. CHALLANGE....!!!!

PencaRian HArTa KArun SEkitar TaIPInG






Treasure Hunt

Di kala pagi Ahad yg indah kalau kita masih diatas katil,satu activiti berkumpulan telah
diatur untuk para HSBB bg mengenali daerah Kota Kedamaian Abadi ini
dgn lebih mendalam lgi...Aktiviti tresure hunt yg bermula seawal jam 8.30 pagi itu
diadakan secara berkumpulan bagi membolehkan perpecahan ais berlaku sesama peserta.


9 kumpulan bergerak bersama mencari harta karun yg tersembunyi di sekitar daerah Taiping ini,..




Peta yg sangat komplex disediakan bg memudahkan para HSBB mencari arah tuju..
Maka berpeluh sakanlah bagi mendapatkan maklumat2 yg diperlukan...Ada yg semput ada yg semangat ada yg dah macam mayat.....PAling x aci ada jugak yg sempat g kedai makan yg menawarkan promosi sepanjang tahun utk roti canai dan teh tarik dengan harga RM 1 sahaja....Adessssss.....MMg promotion tahap gaban nih....


Check point terakhir kami adalah di Dataran Kedamaian...Semua peserta pon berkumpulah di situ utk mempersembahkan harta karun masing2...sEKIANNNNN..