
Pada tanggal 09/03/2010 dan 10/03/2010 jam 5.30ptg hingga 7.00ptg, satu aktiviti sukan telah dilaksanakan dengam jayamya di atas kerjasama dari kesemua pihak peserta yang menyertai program induksi di TMTC Taiping, Perak. Namun aktiviti yang telah dijalankan adalah lain dari yang lain dimana aktiviti tersebut telah dinamakan sebagai futsal ala kampung.
Ini adalah kerana kesemua peserta dikehendaki memakai kain pelekat (peserta lelaki) dan kain batik (peserta perempuan) ketika bermain futsal ala kampung. Pelbagai perkara yang mencuit hati telah berlaku sepanjang tempoh aktiviti tersebut dijalankan dan ianya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kesemua peserta. Perkara yang amat mencuit hati dari para peserta sepanjang perlawanan tersebut berlangsung adalah seperti jatuh tergelincir, sepakan bola yang tidak mengena, bola bolos ke bawah kain dan macam-macam lagi.
Di akhir perlawanan futsal ala kampung tersebut, kemenangan telah dirangkul oleh kumpulan Steady 7 di tempat pertama, Fantastic 4 tempat kedua dan Msan ditempat yang ketiga.
Walaupun segala dugaan dan rintangan mendatang, namun di atas semangat kesukanan dan kesefahaman dalam aktiviti berkumpulan tersebut telah diberjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syabas kepada kesemua para peserta. Majulah sukan untuk TM. CHALLANGE....!!!!
March 17, 2010 at 12:47 AM
Wow